Thursday, February 5, 2009

*** TIDAKKK...... ONGBAK 2 ***


Tajuk filem: Ong Bak 2
Pengarah: Tony Jaa, Panna Rittikrai
Genre: Aksi
Klasifikasi: 18 SG
Pelakon: Tony Jaa, Primrata Dej-Udom, Sorapong Chatree, Saranyu Wongkrajang, Santisuk Promsiri, Pattama Pantong, Nirut Sirijanya, Petchtai Wongkhamlao dan Supakorn Kijsuwan
Tayangan Umum: Mulai 5 Februari 2009
Sekali Imbas

Menjangkakan filem ini adalah kesinambungan kepada Ong Bak, tetapi sama sekali meleset. Filem ini benar-benar mengangkat martabat industri filem Asia kerana kualiti filem dan aksinya tidak jauh seperti seperti produk daripada Hollywood.


Ulasan Penuh

Apa yang boleh dikatakan, seluruh masyarakat Malaysia khususnya pembikin filem atau orang yang bekerja di sebalik tabir, mahupun pelakon seharusnya berbangga kerana jiran terdekat kita mempunyai filem yang berkualiti tinggi, malah sangat tepat jika dikatakan Ong Bak 2 adalah filem aksi terbaik di Asia dan berkualiti tinggi. Penerbitan filem ini pada masa yang sama mengangkat aksi seni mempertahankan diri yang hanya terdapat di Thailand iaitu Muay Thai. Lakonan hebat, Tony Jaa ketika bertarung, membunuh mahupun menundukkan gajah kelihatan sangat gagah dan sebati dengan setiap alat senjata. Malah kostum dan set penggambaran yang nampak hidup benar membawa penonton kepada zaman empayar Ayuthaya ditambah pula dengan semua pelakon yang mempamerkan tahap lakonan yang cukup mantap serta mempunyai kemahiran yang tinggi dalam Muay Thai. Jika diperhatikan, Gaya lakonan Tony Jaa memang seakan-akan seperti pelakon Jet Li dalam filem-filemnya. Kedua-duanya agak pendiam, sering menumpukan perhatian terhadap musuh serta api kemarahannya terserlah melalui kedua-dua biji mata. Apa yang berbeza, Jet Li membawa gaya Kung Fu dan Tony Jaa dengan Muay Thai. Dengan penerbitan Ong Bak dan Ong Bak 2, ia menggambarkan kepada masyarakat dunia bahawa betapa ganas dan hebatnya persembahan Muay Thai. Filem ini telah memulakan operasi penggambaran pada Oktober 2006 serta diitayangkan di Thailand pada 5 Disember 2008. Manakala Ia akan menjengah pawagam Malaysia pada 5 Februari 2009.

Sinopsis

'Ong Bak 2' mengisahkan tentang Tien (Tony Jaa), seorang kanak-kanak yang dilahirkan dalam keluarga pahlawan dan menjadi yatim piatu apabila keluarganya dibunuh oleh pembelot kerajaan, Tuan Rajasena (Saranyu Wongkrajang). Tuan Rajasena yang zalim dan tamakkan kuasa telah merancang untuk merebut tampuk pemerintahan negara. Dia telah menghantar pembunuh upahan bagi membunuh keluarga Tuan Sihadecho (bapa Tien) serta tentera-tenteranya yang taat setia. Satu-satunya orang yang terselamat dari pembunuhan kejam tersebut adalah Tien, yang berjaya dilarikan oleh salah seorang tentera bawahan ayahnya. Tien kemudiannya ditangkap dan hampir-hampir dibunuh oleh pedagang hamba abdi sebelum diselamatkan oleh Chernang (Sorapong Chatree), ketua bagi 'Sayap Garuda' iaitu pasukan gerila yang terbilang. Kagum dengan semangat pertarungan dan naluri membunuh yang terdapat dalam diri Tien, Chernang mengambilnya sebagai anak angkat dan membesarkannya sebagai penyamun. Tien lantas membesar dengan memiliki kemantapan pelbagai jenis ilmu seni bela diri dan strategi peperangan termasuklah pertarungan satu lawan satu, tinju, bacaan mantera serta kemahiran-kemahiran mengendalikan senjata-senjata peperangan seperti pedang, pedang lengkung, belantan dan bahan letupan. Dengan kemahiran pelbagai jenis seni bela diri yang tertanam dalam dirinya, Tien membesar dewasa menjadi seorang pejuang seni bela diri. Dengan menguasai gading hitam gajah suci yang dihormati oleh golongan penyamun, Tien diterima menjadi salah seorang pemimpin Sayap Garuda yang bakal menggantikan Chernang. Namun begitu, satu-satunya perkara yang tersimpan dalam fikirannya hanyalah dendam yang ingin dilunaskan dengan membunuh Tuan Rajasena dengan tangannya sendiri. Dia bercadang untuk membalas dendam pada malam upacara pertabalan di mana Lord Rajasena bakal menaiki takhta dan berkuasa penuh sebagai monarki.

p/s: jom RIZ ANGELS ...kita ramai2 g serbu pawagam

No comments: