Thursday, February 19, 2009

HOOOOOOOOORAYYYYYYYYYY

HOOOOOOORAYYYYYYY......

ARI NI LAST DAY TEST............

PAPER ACCOUNT TAUUUUUUU.........

TP EVERYTHING IT'S OK.......

BLHLA AQ ENJOY JAP......HAHAHHAH.....
.

P/S: ERMMMMMMM AQ NK G MANA EK???? TGK MOVIE KOT....

Tuesday, February 17, 2009

.....TENSION......

DR MINGGU LPS SPI MINGGU NI....

X ABIS2 NGN TEST ......NAIK MUAK AQ TGK PAPER & BUKU.....

NAIK TENSION AQ........NK MKN PON X LALU....

TP MKN LAK GAK...NK MAMPOS KLU X MKN....

NEXT WEEK BR LEH RELAX.........DH LA BDN NI DH BG HINT MCM NK DEMAM....

SO SBLM MENJD LEBIH TERUK....AQ MKN UBAT...

P/S: NEXT WEEK AQ NK KUARRRRRRRRRRRRRRRR

....G.E.N.G....


CREDIT FROM MURAI.COM...
KL, 17 FEB 2008:
Terhibur sungguh Murai Batu menonton filem animasi buatan kita, Geng: Pengembaraan Bermula lakonan 2 watak comel Upin & Ipin. Bukan Murai Batu nak propa macam Miss Propa tu, tetapi Murai Batu berani jamin, filem ini sungguh lucu dan menghiburkan untuk semua lapisan usia dan kaum. Ia very Malaysian pada pandangan Murai Batu. Terbukti, tanpa menggunakan suara pelakon top di Malaysia macam animasi Putih dan Silat Legenda pun animasi Geng ini tetap menggegarkan panggung. Ini bermakna kalau skripnya bagus dan dialognya pun lucu, orang akan terhibur kerana watak-watak kartun itu telah disuntik 'jiwa' macam lakonan manusia. Sungguh membanggakan kerana selepas 5 hari tayangan, filem ini dah kaut RM2 juta! Jadi tidak mustahillah kalau semua peminat filem memberikan sokongan filem ini boleh mencecah sasaran tinggi yang diharapkan iaitu, RM10 juta. Harap-haraplah kan.

Bagi Murai Batu, filem ini seronok ditonton sebab animasinya cantik dan mengagumkan. Walaupun ia tidaklah sehebat produski Hollywood iaitu Pixar Studio atau Dreamworks, namun dengan bajet RM5 juta itu, filem ini sudah nampak berkualiti dari segi visual dan kesan bunyinya. Malah Murai Batu pernah tengok ada filem animasi Barat dan Asia yang membosankan. Jadi Murai Batu sarankan, filem kartun Geng ini sebenarnya boleh juga dialihbahasakan ke Bahasa Thai, Indonesia, Tagalog mahupun Tamil sebab kita berkongsi beberapa budaya yang sama. Yang geramnya, ada seorang kawan Murai Batu bersikap sinikal untuk menonton filem ini apabila diajak ke panggung hujung minggu lalu. Liat sungguh dia nak beratur membeli tiket tapi apabila sampai saja di kaunter, dia terkejut kerana semua show hampir sold out pada hari itu. Mujurlah sempat juga dapat saki baki tempat duduk. Kemudian apabila tayangan berlangsung, kawan Murai Batu itulah yang paling kuat gelak sampai tepuk tangan! Haa, siapa nak jawab? Keluar saja panggung, dia terus mengucapkan terima kasih kepada Murai Batu kerana berjaya menyakinkan dia untuk menonton filem itu. Hmm... MURAI BATU: Animasi Geng lebih kelakar daripada kebanyakan filem cereka komedi yang pernah ditayangkan. Jangan lupa pergi tengok ramai-ramai!

P/S: SO SAPE YG X TGK LG CERITA NI....G LA TONTON....BEZ TAU...



Sunday, February 15, 2009

...VALENTINE...


HAPY VALENTINE DAYS TO ALL RIZ ANGELS & ALL MY FRENZ..........

ALSO TO PEOPLE I LUV....

HAPY VALENTINE DAYSSSSSSSS

Sunday, February 8, 2009

STRESSSSSSSSSSS ?????????????

TD AQ SEMPAT G TGK MOVIE 'ONGBAK 2' AFTER SELESAI WAT ASSIGNMENT WIT MY FRENZ....

NI LA CARA AQ BILA AQ RS TENSION.....

BG AQ JALAN CITER DIA MMG BEZ....AQ DH LA MMG SUKE CITER LAWAN2 NI....

RS MCM KAKI AQ PON NAIK JEW BILA SCENE DIA LAWAN.....

BG AQ SAPE YG BLOM TGK LG DIS MOVIE....BETTER U GO NOWWWW......BEZZZ GILERZZ..

P/S: AQ BG 9/10 STAR.........

Thursday, February 5, 2009

*** CUP CAKES ***


CUP CAKES MENTEGA
Bahan2:
250 g mentega

250 g tepung berserbuk penaik

200 g gula castor

5 biji telur

1 sudu kecil esen vanilla

Cara2:

Pukul mentega dan gula
hingga gebu
Masukkan telur satu
persatu berselang-seli dgn tepung

Masukkan tepung dan pukul hingga
kembang
Masukkan esen vanilla dan
kacau rata
Tuang adunan dalam bekas
cawan
Bakar dlm ketuhar bersuhu 180C
selama 15-20 min atau hingga keemasan

Sejukkan sebelum dihias dengan krim


Cupcake coklat chip

Bahan2:
250 g mentega
250 g tepung berserbuk penaik
200 g gula castor
50 g coklat chip

60 ml susu coklat

5 biji telur
1 sudu kecil pes coklat
esen vanilla coklat chip

Cara2:

Pukul mentega dan gula hingga
gebu
Masukkan telur satu persatu
berselang-seli dgn susu dan tepung

Masukkan tepung dan pukul hingga
kembang
Masukkan esen vanilla dan
pes coklat, pukul lagi
Masukkan coklat
chip dan kacau rata
Tuang adunan dalam
bekas cawan dan taburkan coklat chip

Bakar dlm ketuhar bersuhu 180C selama
15-20 min atau hingga kekuningan.


Untuk krim hiasan

Bahan2:
125 g mentega

125 g lelemak sayuran

80 g gula kastor

1 sudu besar susu sejat

1 sudu kecil esen vanilla


Cara2:
Pukul lelemak sayuran dan mentega
hingga berwarna putih
Masukkan gula
dan pukul hingga gula larut
Masukkan
esen vanilla dan susu, pukul rata

Boleh dibahagikan kepada beberapa bhg
dan warnakan dengan warna yang anda inginkan


P/S: drpd apa yg aq rs m aunty wat....sedap gak la....
tp aq x lak try wat coz aq hanya th mkn....
so sape2 yg rase nk wat tu....dah siap bg la skit kat aq......he3...

*** TIDAKKK...... ONGBAK 2 ***


Tajuk filem: Ong Bak 2
Pengarah: Tony Jaa, Panna Rittikrai
Genre: Aksi
Klasifikasi: 18 SG
Pelakon: Tony Jaa, Primrata Dej-Udom, Sorapong Chatree, Saranyu Wongkrajang, Santisuk Promsiri, Pattama Pantong, Nirut Sirijanya, Petchtai Wongkhamlao dan Supakorn Kijsuwan
Tayangan Umum: Mulai 5 Februari 2009
Sekali Imbas

Menjangkakan filem ini adalah kesinambungan kepada Ong Bak, tetapi sama sekali meleset. Filem ini benar-benar mengangkat martabat industri filem Asia kerana kualiti filem dan aksinya tidak jauh seperti seperti produk daripada Hollywood.


Ulasan Penuh

Apa yang boleh dikatakan, seluruh masyarakat Malaysia khususnya pembikin filem atau orang yang bekerja di sebalik tabir, mahupun pelakon seharusnya berbangga kerana jiran terdekat kita mempunyai filem yang berkualiti tinggi, malah sangat tepat jika dikatakan Ong Bak 2 adalah filem aksi terbaik di Asia dan berkualiti tinggi. Penerbitan filem ini pada masa yang sama mengangkat aksi seni mempertahankan diri yang hanya terdapat di Thailand iaitu Muay Thai. Lakonan hebat, Tony Jaa ketika bertarung, membunuh mahupun menundukkan gajah kelihatan sangat gagah dan sebati dengan setiap alat senjata. Malah kostum dan set penggambaran yang nampak hidup benar membawa penonton kepada zaman empayar Ayuthaya ditambah pula dengan semua pelakon yang mempamerkan tahap lakonan yang cukup mantap serta mempunyai kemahiran yang tinggi dalam Muay Thai. Jika diperhatikan, Gaya lakonan Tony Jaa memang seakan-akan seperti pelakon Jet Li dalam filem-filemnya. Kedua-duanya agak pendiam, sering menumpukan perhatian terhadap musuh serta api kemarahannya terserlah melalui kedua-dua biji mata. Apa yang berbeza, Jet Li membawa gaya Kung Fu dan Tony Jaa dengan Muay Thai. Dengan penerbitan Ong Bak dan Ong Bak 2, ia menggambarkan kepada masyarakat dunia bahawa betapa ganas dan hebatnya persembahan Muay Thai. Filem ini telah memulakan operasi penggambaran pada Oktober 2006 serta diitayangkan di Thailand pada 5 Disember 2008. Manakala Ia akan menjengah pawagam Malaysia pada 5 Februari 2009.

Sinopsis

'Ong Bak 2' mengisahkan tentang Tien (Tony Jaa), seorang kanak-kanak yang dilahirkan dalam keluarga pahlawan dan menjadi yatim piatu apabila keluarganya dibunuh oleh pembelot kerajaan, Tuan Rajasena (Saranyu Wongkrajang). Tuan Rajasena yang zalim dan tamakkan kuasa telah merancang untuk merebut tampuk pemerintahan negara. Dia telah menghantar pembunuh upahan bagi membunuh keluarga Tuan Sihadecho (bapa Tien) serta tentera-tenteranya yang taat setia. Satu-satunya orang yang terselamat dari pembunuhan kejam tersebut adalah Tien, yang berjaya dilarikan oleh salah seorang tentera bawahan ayahnya. Tien kemudiannya ditangkap dan hampir-hampir dibunuh oleh pedagang hamba abdi sebelum diselamatkan oleh Chernang (Sorapong Chatree), ketua bagi 'Sayap Garuda' iaitu pasukan gerila yang terbilang. Kagum dengan semangat pertarungan dan naluri membunuh yang terdapat dalam diri Tien, Chernang mengambilnya sebagai anak angkat dan membesarkannya sebagai penyamun. Tien lantas membesar dengan memiliki kemantapan pelbagai jenis ilmu seni bela diri dan strategi peperangan termasuklah pertarungan satu lawan satu, tinju, bacaan mantera serta kemahiran-kemahiran mengendalikan senjata-senjata peperangan seperti pedang, pedang lengkung, belantan dan bahan letupan. Dengan kemahiran pelbagai jenis seni bela diri yang tertanam dalam dirinya, Tien membesar dewasa menjadi seorang pejuang seni bela diri. Dengan menguasai gading hitam gajah suci yang dihormati oleh golongan penyamun, Tien diterima menjadi salah seorang pemimpin Sayap Garuda yang bakal menggantikan Chernang. Namun begitu, satu-satunya perkara yang tersimpan dalam fikirannya hanyalah dendam yang ingin dilunaskan dengan membunuh Tuan Rajasena dengan tangannya sendiri. Dia bercadang untuk membalas dendam pada malam upacara pertabalan di mana Lord Rajasena bakal menaiki takhta dan berkuasa penuh sebagai monarki.

p/s: jom RIZ ANGELS ...kita ramai2 g serbu pawagam